ULAR SAWA SEPANJANG 3.8 METER DITANGKAP BERHAMPIRAN RUMAH AHLI PARLIMEN


KOTA BELUD: Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis, yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya, terkejut apabila melihat seekor ular sawa melintang di jalan menuju ke rumahnya di Kampung Tombol, di sini, awal pagi tadi(2.1.2019).
PASUKAN Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menangkap ular sawa seberat 23 kilogram sambil disaksikan Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis (dua dari kiri) di Kampung Tombol, Kota Belud. – Foto ihsan APM
Susulan kejadian itu, Munirah yang Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, menghubungi Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Belud pada jam 2.50 pagi.
Pegawai APM Unit Kota Belud, Jimmy Alberto Tining, berkata sejurus menerima laporan itu, sepasukan anggota dikerah ke lokasi serta-merta.
“Sebaik tiba, pasukan APM menjalankan operasi mencari ular selama 10 minit sebelum menangkap reptilia seberat 23 kilogram (kg) di kawasan semak tepi jalan.
“Operasi selesai jam 3.15 pagi kemudian manakala reptilia sepanjang 3.8 meter itu diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar Sabah untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sementara itu, kakitangan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Belud, Alhizham Jamil, berkata sebelum kejadian dia bersama rombongan menghantar Ahli Parlimen itu pulang ke rumahnya selepas mesyuarat. – Berita Harian
PASUKAN Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menangkap ular sawa seberat 23 kilogram sambil disaksikan Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis (dua dari kiri) di Kampung Tombol, Kota Belud. – Foto ihsan APM

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel