Guru Sekolah Terkejut Melihat Apa Yang Dibawa Muridnya Ke Sekolah, Tidak Sangka Ini Rupanya Yang Dibawa Pelajarnya

Kanak-kanak memang penuh dengan kejutan. Ada sahaja yang dilakukan membuatkan mereka di sekelilingnya terkedu.



Dengan gaya mereka yang selamba dan riak wajah yang tidak bersalah membuatkan tiada yang boleh memarahinya. Mereka masih terlalu kecil!
Pengalaman seorang guru dari Georgia ini tidak hanya membuatkan anda tertawa lucu bahkan hati anda akan cair melihat apa yang terjadi.



Pada bulan Ogos, Anna Kate Hood, seorang guru sekolah rendah telah memuat naik gambar di laman Facebooknya yang menunjukkan apa yang dia dapati dari salah satu beg galas muridnya.
Sebagai seorang guru, dia tahu bahawa kanak-akank adakalanya melakukan perkara-perkara yang tidak dijangka, tetapi apa yang ditemuinya hari itu benar-benar sesuatu yang tidak diduga.
Dia sebenarnya telah menemukan dua ekor anak kucing yang comel di dalam beg galas anak muridnya!
“Pelajar saya berkata dia juga meletakkan makanan di dalam begnya untuk kucing-kucing itu dan meletakkannya di bawah meja suapaya dia boleh bermain dengan kucing-kucing itu selepas dia selesai mengerjakan kerja sekolahnya,” kata Hood.
Gambar-gambar itu kemudian menjadi viral dengan pantas dan ramai pengguna Facebook memberi komen dan turut berkongsi status tersebut
Seorang pengguna berkata, “Saya kecewa dengan diri saya bahawa saya tidak pernah memikirkannya.”
Seorang lagi menambah, “Ini adalah sesuatu yang tidak pernah saya lakukan apabila saya masih kecil!! Sangat comel.”
Beberapa guru turut berkongsi kisah yang dialami oleh mereka.
“Saya telah memalui perkara yang sama di dalam kelas tadika saya tahun lalu! Saya fikir saya adalah satu-satunya yang berhadapan dengan situasi itu! Wow, apa sahaja yang mereka tidak terfikir!”
Menurut seorang guru lain dia pernah terjumpa pelajar yang membawa berudu dan katak ke sekolah pada tahun ini.
Lucu sekali!
Walau bagaimanapun, sesetengah orang mengkritik sebahagian ibu bapa kerana tidak memeriksa beg anak-anak mereka sebelum mereka pergi ke sekolah. Seorang pengguna menulis, “Di mana ibu bapa? Kenapa mereka tidak memeriksa beg sebelum sekolah?!
“Ini sangat berbahaya kerana kucing-kucing itu boleh mati. Pelajar atau guru lain juga boleh alergi dengan kucing-kucing itu. “

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel